Salam semua... Lamenya xmenulis kat blog nie.... Hurm sebenarnya saya bercuti hampir 10 hari sebab pulang bersama hubby ke Pendang,Kedah (kampung hubby).... Sminggu duduk kat kpg sbb sepupu hubby kahwin.... Majlis yang telah berlansung sgt meriah... Dari start event Nikah, Kenduri belah Pengantin Perempuan, sampailah ke Majlis Sambut Menantu semunya kami pergi... Sepupu hubby nie kami pggl dia wan jer... Sepupu yang paling rapat dgn hubby... Jadi mmg kene pegila event dia...
Yg menariknya pada kedua-dua majlis ini ada acara persembahan silat diiringi permainan muzik rebana,seruling n mcm2 lg alat muzik tradisional negeri Kedah.... Acara mcm nie mmg tak ada pun bila kita pegi Majlis Kenduri di Kuala Lumpur... Hurm bila tgk org muda n org tua bersilat,teringat pula time Majlis Sambut Menantu kat umah hubby dulu... Time kami kawin pun ada gak acara seperti nie... Hubby ckp mmg dh jd salah satu acara wajib kat kpg... Hehe barula meriah kan...
Kat sini saya nak sharela dgn korang semua video yang sempat saya rakam time kenduri di rumah wan...
Semoga korang semua enjoy menonton video nie n harapan saya diharap supaya acara-acara sebegini perlulah diketengahkan kepada umum supaya seni budaya ini tak mati ditelan zaman....
K bjumpa lagi di blog yg lain pula ye... Take Care...~
No comments:
Post a Comment