objek berpusing keliling mouse

14 Feb 2012

Koleksi Burdah Selawat

Assalammualaikum.

Pagi yang indah hari nie... Marilah kita panjatkan kesyukuran pada Allah Yang Maha Kuasa kerana diberi peluang utk menghirup udara yang segar pada pagi ini seterusnya diberi kesempatan umur utk hidup di muka bumi ini lagi...

Kesyukuran yang xterhingga diucapkan. Pagi ini marilah kita sama2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w supaya kita memperoleh keberkatan bekerja dan diharap mendapat syafaat baginda di akhirat kelak dengan mengumpul pahala berselawat... Perbanyakkanlah berselawat... Hehe sambil2 wat keje tuh mai kita same2 join selawat nie...

Kat bawah nie saya ada himpunkan beberapa koleksi burdah selawat (puji2-an ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w).... Bertambah kerinduan kita pada kekasih Allah yang satu ini...

Burdah Selawat pimpinan Sheikh Nuruddin Al-Banjari




Semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.... Insya Allah....

7 Feb 2012

Membuka Hati Membuka Minda

Assalammualaikum n salam sejahtera semua....

Amboi lame rasenyer saya xtinggalkan sesuatu pd blog ini... Harap kwn2 semua masih mngikuti la hehe...

Sejak adanya TV Alhijrah saya sering mengikuti rancangan 30 minit barsama Ustaz Don... Sebuah rancangan yg penuh dgn ilmu dan amat bermanfaat utk semua tak kira yang tua ataupun muda... Tersentuh rasenyer hati nie bila mendengar Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang diceritakan oleh Ustaz sepanjang musim sambutan Maulidurrasul nie...

Setakat nie alhamdulillah saya masih lagi mengikuti kisah yang diceritakan ini sejak dari kisah Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. lagi... Pernah tak kwn2 terfikir apa makna disebalik sallahualaihi wasallam (s.a.w) ? Menurut seseorang yang saya kenali maksud s.a.w adalah Berselawat Allah keatas kamu ya Rasulullah.. Jadi wajibla kita turut sama2 berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan sebutan yang penuh kerana maknanya yang cukup indah sebenarnya... Disamping kita berselawat kita juga boleh memperoleh "pahala percuma"... Indah bukan...?? Allah nie Maha Pengasih Maha Penyayang cuma kita saje yang xingat Dia sbb leka dengan urusan dunia... Xsalah kita bekerja tapi perlulah seimbang antara dunia dan akhirat....

Sebenarnya saya pernah belajar Sirah Nabi waktu sekolah agama dulu... Waktu tu darjah 1-6... Sampai sekarang saya mencari buku Sirah Nabi time sekolah dulu tapi xjumpa2... Buku tuh sangat bagus sbb kecil,padat n mudah dibawa kemana2... Hati mula tertarik semula utk belajar Sirah Nabi sejak mengikuti rancangan 30 minit Ustaz Don nie hehe... Seronok sebenarnyer belajar kalau kita betul2 konsisten... Masa nie la nak tuntut semula ilmu ukhrawi disamping kita meneruskan tugasan harian kita di muka bumi ini... Haha dunia, dunia jugak... Akhirat jangan dilupa... (peringatan utk diri sendiri)....

Kat sini saya bukanlah nak berceramah... Cuma nak berkongsi rasa utk sama2 kita "Membuka Hati Membuka Minda"...  Sama2 lah kita terus mencari dan mengenal Siapa Pencipta Kita, Siapa disebalik nama Muhammad Bin Abdullah...?? Bila kita dh mengkaji n mencari kita akan merasa betapa kerdilnya diri ini walau setinggi mana pun pangkat n harta yang kita miliki sekarang....

Ibarat kata pepatah " Walau setinggi mana pun kita berada, tinggi lagi Kekuasaan Allah s.w.t.... Kita cuma makhluk ciptaanNya yang ditugaskan utk berbakti pada agama,bangsa n negara tanpa melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam yang bukan hanya pada nama semata-mata"..... INSYA ALLAH semoga kita memperoleh kemenangan dan kejayaan sebagai seorang pekerja yang cemerlang n juga sebagai seorang mukmin n mukminin yang berjaya di akhirat kelak...amin....