objek berpusing keliling mouse

27 Dec 2011

Pulang Bercuti ke Kuala Lumpur

Hai kwn2 sume... Esok hari yang saye nnti2kan... Saye akan pulang bercuti bersama keluarga di Kuala Lumpur... Mcm niela life bila duk jauh dr family... Bila ade kesempatan n pluang jer baru dpt blk bjumpa family kat KL... hehee xsabar rasenyer nk tggu hari esok... Mcm2 rasenyer nk buat kalo blk sane nnti... Dh plan nk pi tgk wayang dgn adik2 n sepupu.... Lame rasenyer xpi tgk wayang... Last tgk wayang pun time tuh dgn hubby... Tp xingatla cite ape huhu~ Duk kat cnie bkn xde pggung wayang tp malas nk Kuantan @ Kerteh... Sbb kat sane jer yg ade pnggung wayang... Xpela blk KL nnti nk tebus semula kempunan nie hehe~ Haha sampai kempunan dibuatnyer...

Apa-apa pun korang sume doa2kan la yer smoga pjalanan saye selamat pi n selamat pulang smula ke Kemaman... K Selamat Bercuti n wish all of u HEPPY NEW YEAR!!!!!

19 Dec 2011

Isu Skim Baru Perkhidmatan Awam (S.B.P.A)

Sekarang nie tgh hangat diperkatakan tentang isu S.B.P.A... Ada yang sokong dan ada yang bantah.... Bila dikaji smula ade baik n buruknya skim nie sebenarnya....

Cuba try baca intipati S.B.P.A kat bwh :

SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA -

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;



5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi
menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;


16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM).

sumber dr: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

              Daripada intipati diatas kowang tryla kaji k... Baik utk fresh graduate, Kumpulan Pengurusan & Profesional keatas.... Untuk senior2 yang dh lame keje tuh mmg mereka rase sedikit tak adil... Ksimpulannya atas diri sendirila nk pilih ker x opsyen S.B.P.A nie.... Fikir byk2 sebelum tandatangan borang opsyen tu nanti k....

11 Dec 2011

Blog Pertamaku~


Hari ini 12/12/2011 merupakan hari pertama aku menulis blog.... Sebelum tu lbh baek aku perkenalkan diri terlebih dahulu.... Aku berasal dari Ampang,Selangor.... Mula berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sejak 2007 lagi... Sekarang aku bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kemaman,Terengganu.... Dengan berat hati aku terpaksa meninggalkan family n kwn2 yg ada di KL semata-mata untuk memenuhi tuntutan kerja.... Kat cniela tempat aku mencari rezeki skarang..... Walaupun jauh dari orang-orang yang tersayang tp aku tabahkan hati gak utk terus berbakti di Perantauan nie.... Kat cnie jauh beza dr life kat KL.... Bandar kecik jer... Xbesar mane pun..... Tp lepas 9bln aku duk cnie,aku rase sronok gak... Suasana kat cnie tenang,aman... Lbh2 lg rumah aku dekat ngan pantai.... Mmm mmg dr dulu aku penah angan2 nk duk umah tepi pantai... Xsangka lak angan2 menjadi kenyataan...hee~ Gmbor2 kat atas nie la pemandangan dkat ngn umah aku... Just jln kaki jer nk kesane... Hehe dekat sangat... Tp 1 jer,pantai nie xleh mandi.... Sebab dh diwartakan xleh mandi kat cnie... Ombaknyer yg kuat n keadaan permukaan pantai yg xsesuai utk mandi.... Just nk lepak2 mkn kopok lekor,pisang goreng,cucur,ayer nyior tu mmg syokla.... Angin ptg2 kat cnie mmg kuat...

Erm walaupun duk jauh dr family,aku rs rindu kat depa sume terubat gak kdg2 bila family rajin gak dtg bcuti kat cnie... Kwn2 kat cnie pun sume baek2 belaka... Jiran2 pun ok.... Kira okla duk cnie... Bleh hidup gak walaupun nie sebenarnyer first time dlm hidup kene duk jauh dr family huhu~

K la sekian utk arinie.... Hope kowang sume sudi2la singgah kat blog nie erk... Love u guys..