Alhamdulillah hari nie genap 7bulan saya kahwin... Di kesempatan ini saya nk ucapkan heppy anniversary to my lovely hubby sbb mnjadi hubby yg paling loving n caring.... Smoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat n dikurniakan anak yang soleh dan solehah...amin...
Disni saya nk share dgn kwn2 semua ttg tggungjawab suami n isteri dalam rumahtangga... Hurm walaupun kita dh tahu tp cuma sbg reminder utk diri kita sendiri supaya kita xlupa tanggungjawab kita sbg suami / isteri...
Tanggungjawab suami kepada isteri :
1. Pemberian maskahwin.
2. Pemberian nafkah.
3. Berkelakuan baik.
4. Memberi bimbingan.
5. Menjaga kehormatan isteri.
6. Memberi layanan zahir dan batin.
7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.
Tanggungjawab isteri kepada suami :
1. Wajib taat kepada suaminya.
2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.
3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.
4. Wajib menjaga rumahtangganya.
5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.
Tanggungjawab bersama suami dan isteri :
1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.
2. Suci benih keturunan.
3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.
4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.
5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.
6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.
7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.
Semoga kita akan terus dapat membina kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina dan sentiasa menjalankan segala tanggungjawab yang telah ditetapkan utk kita... Sama2lah kita saling ingat-mengingatkan tanggungjawab di antara suami n isteri...
~Sharing is Caring...~ love XOXO...

No comments:
Post a Comment